Jun 2, 2005

Pena Berlari: " Apa ada pd MALU??"

Malu. Apa ada pada malu? Malu? Pentingkah untuk malu?? Baguskah jika malu? "Ekhem..kak, Rasul kata malu itu sebahagian iman" Ha'ah..jadi apa itu malu?? Pentingkah?? Apakah?

Malu.

"Nak tapi malu"

"Elleh..malu-malu kucing plak dia"

Malu.

"Mahu tapi malu"

Dari dekstar besar, katanya malu itu bila ada rasa tertekannya, bila tak keruan menjadi fokus perhatian, bila orang sume pandang, bila dan bila kita rasa macam tak sedap hati nak buat sesuatu. Malu pada orang sekalian.

Malu. Apa sebab malu? Kata sahabat, "Bila seseorang tak punya social skill" Ertinya tak tau nak bercampur gaul. Dalam satu majlis, dia duduk terperap sorang-sorang kat hujung meja.

Lagi, "Takde self image" Ertinya malu pada paras rupa yg tak bape nak lawa atau tak ensem. "Malulah, sapelah saye ni?? Malulah, pakaian saye tak cantik"

Tambah sahabat, "Malu itu sebab less competent" Hmm..takde apa nak ditunjuk. Tengok Melayu, sebab dah selalu cakap Melayu, bila suruh cakap kat khalayak dlm bahasa Inggeris..huk aloh..malunya ketara.

Aku tambah "Sebab malu bila kita takut dikata salah"

Madam kata "Malu berlaku bila kita lebih suka buat alasan. "Errr..begini..err..begitu..dan macam-macam lagi.

Malu itu ada yg baik dan ada yg buruk. Baguslah jika malu nak buat kerja jahat. Malu nak buat ma'siat. Malu nak bersikap buruk, malu tinggalkan urusan dengan Tuhan. Untuk perempuan, ditutupi auratnya sebab ada rasa malu. Itu diajar dalam kitab Tuhan. Betapa Islam menjaga kita, ketahui akan keperluan kita sebagai hamba yg lemah.

Malu yg tak bagusnya bila sesiapa pun rasa "Takpelah pakai singkat sket, baru up to date" In short, malu yg buruk ni, bila takde malu dah nak buat benda lagho, perkara yg berdosa dan melanggar norma kemasyarakatan kita. Rasa ok je, takde pun terdetik "Eh! Salah ni kalau tak tutup aurat" Ehh..salah ni kalau bohong pd kawan" Hmm..itu buruknya bila tiada malu.

Malu. Jangan sesekali malu bila sampai ketikanya kita perlu mengimarahkan masjid sendiri. Jangan malu bila kita perlu katakan kebenaran. Jangan malu bila kita perlu kongsikan kebaikan.

Normal, manusia mungkin pemalu. Tika Hajar dan Adam dimurkai Alllah, pakaian mereka ditanggalkan. Mereka ambil dedaun syurga buat menutup yg sulit. Yea, manusia mmg punya malu.

Kita gunakan arah kebaikan. Buang malu demi mengatakan apa yg ma'ruf. Perkara kebaikan buat dikongsi. Itu tanda kita kasihkan sesama manusia. Nak masuk syurga sorang-sorang kah?

Alhamdulillah, hidup sebagai Muslim. Ada garis pandunya. Dan aku tambahkan, itulah pentingya punya ilmu. Jika kita punya ilmu, secara automatik, kita akan rasa yakin nak berkata, nak berkongsi dan menyelamatkan apa yg terlarang. Ada ilmu, kita boleh cantas keburukan, cantas apa yg dikatakan salah. Bila ada ilmu, kita tahu membeza yg betul atau batil. Jika ada ilmu, taklah sampai dimalukan..betul?

Akhir kalam, kita ambil mana baik..buang mana buruk. Bersama terjemah MALU pada dasar yang benar. Ila liqo'

No comments: